Sunday, December 23, 2012

::Bicara Tentang Cinta::


Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?
Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)
JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang diCintainYa??
Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..
Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..
Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..

"Tips Orang Yang Gembira"


~"Jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu merosakkan niat dan keikhlasan anda. Ibarat 'api dalam sekam', yang akan membangkitkan pergaduhan."
~"Jangan terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian. Don't worry be happy!!"
~"Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati."
~"Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengahrapan itu akan mengecewakan anda. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu."
~"Sentiasa bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga dapat mendidik kita untuk terus tekun menjalani hari-hari dalam kehidupan yang kita lalui."

Sebarkan Ilmu,sekadar Perkongsian..


::Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...." (Riwayat al-Bukhari)
::Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan Bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)

::Seruan Hatiku::

CINTA PERTAMA adalah KENANGAN.
CINTA KEDUA adalah PENGAJARAN.
Dan CINTA seterusnya adalah satu keperluan kerana
hidup tanpa cinta ibarat masakan tanpa garam.
Lantaran itu semailah cinta yang dianugerahkan itu dengan
sebaik-baiknya.
kerana cinta itu satu ANUGERAH,ia datang bukan dipaksa,
ia pergi bukan direla.
Maka oleh itu,belajarlah mencintai dirimu sendiri dahulu sebelum 
mencintai orang lain.
Kelak dirimu tidak akan kekesalan.
TETAPI cinta yang sebenar-benarnya cinta dan selayaknya cinta hanyalah
pada YANG MAHA ESA.
Berhentilah kita dari menagih cinta manusia tetapi terus mencari cinta-NYA.
Cinta manusia tidak selamanya dari Cinta YANG MAHA PENCIPTA.

p/s:Cintakan bunga,pasti akan layu,
     Cintakan manusia,pasti mati,
     Cintakan ALLAH,pasti kekal abadi selamanya...

~BIAR KITA HILANG CINTA MANUSIA,JANGAN SAMPAI KITA HILANG CINTA DARI ALLAH..

Salam UKHWAH FILLAH..^_^