Sunday, December 23, 2012

::Bicara Tentang Cinta::


Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?
Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)
JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang diCintainYa??
Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..
Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..
Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..

"Tips Orang Yang Gembira"


~"Jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu merosakkan niat dan keikhlasan anda. Ibarat 'api dalam sekam', yang akan membangkitkan pergaduhan."
~"Jangan terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian. Don't worry be happy!!"
~"Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati."
~"Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengahrapan itu akan mengecewakan anda. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu."
~"Sentiasa bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga dapat mendidik kita untuk terus tekun menjalani hari-hari dalam kehidupan yang kita lalui."

Sebarkan Ilmu,sekadar Perkongsian..


::Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...." (Riwayat al-Bukhari)
::Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan Bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)

::Seruan Hatiku::

CINTA PERTAMA adalah KENANGAN.
CINTA KEDUA adalah PENGAJARAN.
Dan CINTA seterusnya adalah satu keperluan kerana
hidup tanpa cinta ibarat masakan tanpa garam.
Lantaran itu semailah cinta yang dianugerahkan itu dengan
sebaik-baiknya.
kerana cinta itu satu ANUGERAH,ia datang bukan dipaksa,
ia pergi bukan direla.
Maka oleh itu,belajarlah mencintai dirimu sendiri dahulu sebelum 
mencintai orang lain.
Kelak dirimu tidak akan kekesalan.
TETAPI cinta yang sebenar-benarnya cinta dan selayaknya cinta hanyalah
pada YANG MAHA ESA.
Berhentilah kita dari menagih cinta manusia tetapi terus mencari cinta-NYA.
Cinta manusia tidak selamanya dari Cinta YANG MAHA PENCIPTA.

p/s:Cintakan bunga,pasti akan layu,
     Cintakan manusia,pasti mati,
     Cintakan ALLAH,pasti kekal abadi selamanya...

~BIAR KITA HILANG CINTA MANUSIA,JANGAN SAMPAI KITA HILANG CINTA DARI ALLAH..

Salam UKHWAH FILLAH..^_^

Friday, March 16, 2012

HArGa DiRi

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara
yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?".

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya
perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat
renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?".
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.
Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang
saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan
dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa
kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan
kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di
mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang
tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus
berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya
iman dan takwa yang membezakan kita.

Sahabatku ✿ܓ

ISLAM itu bkn hny sekadar halal atau haram..
ISLAM itu adela sebuah jalinan yg membimbing kite kpd sebuah kebahagiaan yg ssguhnya xtrgambar nikmatnya…
ISLAM adela petunjuk arah,agar stiap langkah tak tersasar dan sesuai mengikut fitrahnya ~~

Sahabatku ✿ܓ

IMAN itu bkn sekadar PERCAYA…
IMAN itu adela memahami spenuh hati dan segenap keyakinan bhw stiap apa prkara yg trjadi distiap kerdipan mata kite,stiap desiran angin,stiap suka,duka,sedih pilu…segala2nya tlh trtulis n segalanya adela dbwh perancangan Allah…”kite merancang,Allah jua merancang..namun Allah adela sbaik2 perancang”..

Iman ibarat pohon dihati kita..
naungannya memberi kesejukan...
Dari pohonnya tunas tunas harapan akn terus terlahir..
jika terus kita sirami dia akan berbunga kebahagiaan yg harumnya menaburi jalan yg kita lalui… Seiring keistiqomahan yg terjaga dari bunga itula lahir buah yg bernama IKHLAS...

Segala bencana dan ujian2 di Dunia ini hanya la sebuah sentuhan…
Agar kita kukuh dan lebih siap lagi mengarungi Dunia ini…
Agar kita tak bosan dgn dunia…Senyum,tangis, sedih senang itu adela warna kehidupan..

Sehebat apapun dugaan yg menggetarkan kita..
Kita harus senantiasa ingat,bhw itu hanya la sapaan atau mungkin teguran dr Allah…Takde satu bencanapun yg menimpa kita tanpa seizin Allah…

Jika bukan dgn dugaan itu,
Lalu dgn apa lagi kita akn sedikit shj beringat..?

Hidup ini memang teramat PENAT jika kita tak tau arah. ..
Berhenti la sejenak utk bertafakur..
menyegarkan kembali cara mata kita memandang..
melapangkan dada yg sesak…

Berhenti la sejenak utk berteduh..
menghela nafas mengumpulkan tenaga utk memperkukuh jiwa kita agar ttp bersedia menghadapi berbagai gelombang dihadapan…

Diam la sejenak dan fahami.
Berdiam la sejenak diantara fajar..
ketika semua mata terlelap..
Bangun dan nyatakn semua keresahan pd yg BERHAk.. kpd ZAT yg tlh menciptakan hati dan tubuhmu…Curah la kpdNya..pasti takkan rugi apa2…

Sahabatku✿ܓ

Hati ibarat sebuah cermin,
jika kita bersihkan tiap hari dia akan cantik berkilat..
jika kita lupa membersihkannya mungkin akan berdebu dan lama lama2 akan BERKARAT..
bila suda berkarat nanti amatla payah utk dibersihkan kembali….

Jadila org pertama yg peduli akan hatimu…
Pandu hatimu,jaga hatimu,sayangi hatimu…jika dinding itu bergetar,rendamla,nasihatla hatimu krn ia xbisa berkata saat tersentuh nafsu..

sekiranya sakit hati dan marah dgn ssorg…

Telan saja..
biarkan menyesakkan isi dadamu,ada saatnya kehidupan menyeret kita ke sudut tu…
kemudian lepaskan la,maafkan la..
Islam mengajarkan kita memaaf kn dgn sempurna..

Lupakan siapa yg bersalah atau siapa yg harusnya minta maaf…lembutkan hati dan hulurkan maaf, sbbnya minta maaf tak akn merugikan amal dan harta kita.

Kerana sabar itu bukan utk Allah,tapi untuk kita jua…

Thursday, January 26, 2012

Maahad Johor



Assalamualaikum semua...
huhu,..9 jan 2012...aq sah menjadi pljr MAAHAD JOHOR...
tak disangka kn,akhirnya niat aq nk mlngkh ke situ menjd
knytaan...Alhamdulillah..aq bersyukur sgt...ny la dy gmbr mj...

Hari pertama kat sana aq jmpe semula ex kwn2 aq kat sek.rndh
dulu...xlupe gak yg kat mp...aq happy sgt..mlm tu,sesi orientasi
bermula...xtipu mmg pnat,pnat duduk je lah kn tp nye...smpai tertido
di wat nyer....ramai knalan kat sana...cm2 sekolah aq jmpe...seronok...
ade hkmh aq tngguh plkn,...

Kat sana mmg byk ank tngge nk kne trun naik...nk kte ley kurus,xjugak
coz asyik mkn je la kn....hahaha...nk wat cm ner,permulaan bese la ue...huhu..
2 mnggu kat sana dh blik cuti seminggu...rye cina la kte kn,..tp dak thfiz
dh kne blik ari rbu 25hb...sabo ea adik2...huhu...

satu yg aq hrpkn,aq dpt lkukan yg terbaik n membimbing keluarga aq
ke arh yg lbih baik,insyaAllah...semoga aq dpt menggembirakan mak n ayah
aq,..semoga Allah permudahkn sgala urusan aq dan semua yg berade disekelilingku
dunia n akhirat...Amin....